
Faq
FAQ
Frequently Asked Questions
Berikut adalah beberapa persoalan yang berkaitan dengan kualiti udara dalaman dan teknologi IoT dalam mengesan pencemaran dan racun di udara
Mengapa kualiti udara dalam rumah (IAQ) sering dianggap lebih penting berbanding udara luar, dan apakah cabaran utamanya di Malaysia?
Kita menghabiskan banyak masa di dalam rumah, dan udara dalam rumah boleh 2-5 kali lebih tercemar, terutamanya dengan cabaran iklim lembap dan perumahan padat di Malaysia.
Apakah jenis-jenis pencemar udara dalaman yang biasa ditemui dan bagaimana ia boleh menjejaskan kita?
Jenis pencemar adalah meliputi aspek berikut: zarah halus, gas berbahaya, bahan kimia (VOC, Formadehid, Benzene), PFAS, Mikroorganisma dan pendedahan hazad fizikal
Apakah langkah-langkah praktikal yang boleh kami ambil untuk meningkatkan IAQ di ruang kami, selain menggunakan Meter Kualiti Udara Pintar?
Terdapat beberapa kaedah perlaksanaan penjagaan kualiti udara yang baik antaranya:
Tingkatkan Pengudaraan: Kerap buka tingkap dan pintu untuk aliran udara silang. Gunakan kipas ekzos di dapur dan bilik air.
Kawal Sumber Pencemar: Elakkan merokok di dalam, kurangkan pembakaran colok/lilin, pilih produk pembersih dan cat rendah VOC, dan pastikan peralatan gas diservis.
Jaga Kebersihan: Bersihkan habuk secara kerap (gunakan kain lembap dan vakum HEPA), basuh tekstil (cadar, langsir), dan baiki segera sebarang kebocoran air untuk mengelakkan kulapuk.
Komunikasi: Jika anda tinggal di apartment atau ruang berkongsi, berkomunikasi secara baik dengan jiran atau pihak pengurusan mengenai isu pencemaran silang.
Bagaimana saya ingin mendapat nasihat, pandangan pakar mengenai kualiti udara dalaman?
Anda boleh merujuk kepada Penyelidik Pusat Racun Negara, Dr. Syazwan Aizat Ismail